Kami di Kafe Qisha Amanda juga dikenali dengan gelaran Port Baung Segamat menyediakan hidangan ikan baung dimasak segar setiap hari untuk memenuhi selera anda khusus penggemar ikan baung dan ikan patin.
Kami juga menyediakan hidangan untuk sarapan dan juga pelbagai lauk pauk untuk makan tengahari.
Ingat Baung, Ingat Kafe Qisha Amanda!
Kafe Qisha Amanda atau lebih dikenali dengan gelaran Port Baung Segamat merupakan satu destinasi penggemar ikan baung dan patin yang tidak asing lagi di Segamat.
Bermula seawal jam 6.00 pagi setiap hari, Kafe Qisha Amanda yang telah beroperasi pada tahun 2015 ini mempunyai sejarah permulaan sejak tahun 1985 lagi.
Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.
Ikan baung terdapat dalam sungai-sungai di beberapa buah negeri di Malaysia terutamanya di Johor dan beratnya mampu mencecah sehingga 20 kilogram seekor.
Ikan baung sangat digemari oleh penggemar ikan sungai terutamanya apabila dimasak Masak Lemak Cili Api dan Masak Asam Tempoyak. Baung salai turut digemari kerana keenakan rasa salai yang unik dan tekstur isinya yang memuaskan.