Kafe Qisha Amanda @ Port Baung Segamat

Kafe Qisha Amanda diasaskan oleh Tuan Abdul Ghafar bin Alijuddin dan isterinya, Puan Zuryini binti Mail . Kafe ini juga mendapat gelaran "Port Baung" di kalangan penggemar ikan baung kerana menyediakan hidangan ikan baung dan juga ikan patin setiap hari sebagai menu utama.

Lokasi strategik yang terletak di laluan utama dari Selatan ke Pantai Timur (Lebuhraya Kuantan-Segamat) menjadikan Kafe Qisha Amanda sebagai pilihan utama pengguna lebuh raya dan penduduk tempatan untuk menikmati sarapan dan makan tengahari.

Bermula seawal jam 6.00 pagi, Kafe Qisha Amanda yang telah beroperasi pada tahun 2015 ini mempunyai sejarah permulaan sejak tahun 1985 lagi.

Legasi Kulinari Keluarga sejak 1985...

Menurut Tuan Abdul Ghafar bin Alijuddin, keluarganya telah menceburi bisnes makanan ni sejak dari tahun 1985 lagi bermula dari Kantin Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Segamat yang diusahakan oleh ayahnya Allahyarham Tuan Alijuddin bin Daing Mattepu bersama ibunya Puan Hatnahali binti Anwar.

Seterusnya pada tahun 1990, keluarganya mula terlibat dengan perniagaan kedai makan. Restoran InsyaAllah Sedap merupakan restoran pertama mereka yang terletak di medan selera simpang tiga Taman Yayasan. Berkat usaha gigih dan keinginan untuk terus maju dan berdaya saing, keluarga ini mengorak langkah dengan membuka restoran seterusnya yang dinamakan Restoran Resepi Ibunda pada tahun 2000 dan masih beroperasi sehingga kini.

Gandingan mantap kedua ayah dan ibunya dibantu dengan sokongan ahli keluarga yang tak berbelah bagi menjadikan perniagaan keluarga ini terus berdaya saing sehingga kini. Pengurusan yang mantap serta prinsip perniagaan yang kukuh turut menyemai minat di kalangan generasi anak untuk terus bergiat dalam industri F&B ini.

Makanya pada tahun 2015, Kafe Qisha Amanda diasaskan bagi menyambung warisan dan minat terhadap perniagaan restoran ditambah baik dengan konsep mengetengahkan hasil segar tempatan iaitu ikan baung.

Pengasas Port Baung Segamat

"Saya dah mula terlibat dengan perniagaan makanan ni sejak umur 8 tahun lagi.." ujar Tuan Abdul Ghafar Alijuddin. Sejak kecil beliau sudah didedahkan dengan keadaan di dapur, penyediaan makanan, pengurusan termasuk mencuci pinggan, mangkuk, kuali dan periuk belanga.

Selepas tamat SPM pada tahun 1998, beliau terus berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan menimba pengalaman di sana. Beliau pernah bekerja di beberapa buah restoran di sekitar Kuala Lumpur sehingga tahun 2012.

Pada tahun 2015, beliau pulang ke Segamat dan mengambil keputusan untuk meneruskan minat beliau dalam perniagaan makanan ini di samping meneruskan legasi keluarga dengan menubuhkan Kafe Qisha Amanda. Selepas itu, pada tahun 2020 nama Port Baung Segamat telah dijadikan sebagai nama komersial bagi Kafe Qisha Amanda.

Hubungi Kami

Alamat Kafe

Kafe Qisha Amanda
No.1381-G, Lot 2693,6007,
Lebuhraya Segamat - Kuantan,
85010 Segamat,
Johor.

Waktu Operasi Perniagaan

Dibuka SETIAP HARI
(Kecuali ISNIN)
6.00 Pagi hingga 10 Malam.

Telefon & WhatsApp

Telefon
012 604 6365

WhatsApp
012 294 3873

Google Map

Follow & Like Facebook Kami